Kita mulakan post hari ini dengan mengkaitkannya dengan post sebelumnya. Secara umum, wanita dikatakan pembantu kepada ketua mereka, yakni lelaki. Apa jenis bantuan yang boleh kita sumbangkan?
Seperti perspektif solid, tugas mentadbir keluarga dan rumah tangga memang jatuh ke atas bahu Sang Wanita. Ada yang berkata, ‘Itu dah memang tanggungjawab perempuan. Tak perlu nak susah-susah nak bantu buat kerja lain!” Macam tu ke status pemikiran yang Agama kita tuntut?
Sebagai contoh, wanita-wanita pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. turut sama membantu keluarga mereka seperti menggembala, bertani, berniaga dan sebagainya. Contohnya Asma´ binti Abu Bakar yang bekerja sebagai petani dan membantu suaminya mengangkut hasil buah tamar dari ladang ke pasar yang jauhnya kira-kira 1.4 km.
Nah, dapat anda lihat peranan besar yang boleh wanita sumbangkan dalam sesebuah institusi kekeluargaan? Mungkin ada yang akan berkata: “Tak sempat la… nak tolong apa? Nak jaga anak lagi, kerja-kerja rumah, suami tak bagi saya kerja luar… etc” Itu antara alasan-alasan biasa yang selalu kita dengar.
Pada zaman globalisasi sekarang ni, semuanya memerlukan duit. Kos sara hidup, dari hari ke sehari semakin lama semakin tinggi. Kalau kita seorang yang prihatin, cuba ambil peluang bincang masalah kewangan dengan ahli keluarga. Mungkin selama ni, mereka tak dedahkan masalah-masalah sebenar yang mereka hadapi. Tak terdetik ke di hati kita nak bantu ringankan beban kewangan ahli keluarga kita?Kalau kita memang seorang yang prihatin, bohonglah kalau hati kita tak tercuit untuk membantu. Tapi bagaimana?
Jadi apa jawapan untuk soalan di atas? Berniaga adalah jawapannya. Ya, berniaga. Orang putih kata bussiness. Etimologi bussiness mengaitkan perihal sibuk samada secara individu, kumpulan masyarakat secara keseluruhannya, yang melakukan aktiviti komersial yang selayaknya, dan perkara yang membawa keuntungan.
Jangan kita terpengaruh dengan term sibuk tu. Sibuk itu boleh kita kawal tahapnya. Tapi term yang nak saya tekankan kat sini adalah keuntungan. Untung bermakna kita mendapat sesuatu melebihi nilai asalnya. Kenapa kita lepaskan peluang hebat ini? Peluang untuk wanita-wanita berniaga, teramat-amatlah luas sekarang ni. Jangan sekali-kali punya rasa ragu-ragu dan takut, Allah sediakan rezeki untuk mereka yang mahu. kenapa kita sia-siakan peluang emas yang disediakan itu? Jom, buka minda, buka hati, dan mulakan langkah.